Tips Penggayaan Tudung
1. Pilihan kain dan anak tudung
- Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai. Pilih juga dari jenis yang selesa.Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai
- Kain tudung yang terlalu besar juga tidak sesuai. Ia boleh mencacatkan keseluruhan penampilan.
Pilihlah jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.
2. Majlis Korporat
- Penggunaan tudung bersaiz empat segi adalah paling sesuai
- Kain dari jenis kurang licin adalah lebih praktikal
- Jenis fabric yang disarankan adalah kain kasa, cita bercampur, crepe dan gogette.
3. Majlis kasual atau siang
- Elakkan tudung yang bermanik berlebihan. Ini kerana ia hanya sesuai untuk ke majlis formal atau makan.
- Tudung bercorak lebih sesuai dipadankan dengan pakaian.
4. Selendang
- Berselendang adalah sesuai digayakan ke majlis yang lebih formal.
- Keanggunan akan terselah dan lebih menarik dipadankan dengan hiasan kerongsang ditepi bahu.
- Jenis selendang paling sesuai seperti polyester, viscose silk dan sifon.
5. Selendang dan penjagaan rambut
- Jenis fabrik juga penting dari aspek pengalian udara ketika memakai selendang.
- Udara yang boleh bergerak bebas boleh menjaga kesihatan rambut juga menjaga kesihatan kulit kepala. Ia penting khusus untuk mengelak rambut menjadi panas. Rambut akan senang berbau hapak akibat peluhdikulit kepala. Keguguran rambut pasti berlaku.
6. Anak tudung
- Pilihlah dari jenis kain yang tidak mudah melurut atau licin. Selendang akan mudah lucut dengan kain jenis ini.
- Jika berambut pendek, gunakan saja ‘hairband’ atau cekak yang nipi. Mengikat selendang juga akan menjadi mudah.
- Pastikan juga warna anak tudungn tidak sama dengan tudung atau selendang. Ia boleh menampakkan penampilan yang sudah berusia.
7. Berwajah bulat atau berisi
- Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.
- Kemaskan dibahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.
8. Berwajah sawo matang hingga gelap
- Pilihlah dari warna-warna lembut
- Bunga atau corak juga jangan pilih dari jenis bunga-bunga besar arau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar.
Nota :
Kecantikan tidak dapat dipisahkan oleh wanita. Oleh itu tuntutan Islam dalam berpakaian sepatutnya memenuhi syarat-syarat berikut :
- Menutup aurat
- Menjaga kebersihan
- Mementingkan kekemasan
- Menjaga keselamatan wanita tersebut
- Jenis Fabrik yang digunakan hendaklah tidak nipis dan jarang
- Potongan baju juga tidak ketat
Sumber: Majalah NUR
Assalamualaikum…
hi.. terimakasih kerana mengunjungi blog mybutik2u … blog yang akan memberikan preview tentang koleksi2 tudung yang terdapat di mybutik2u.
Fakta mengenai tudung2 mybutik2u:
* berkualiti – 100% dijahit sendiri, kualiti jahitan dan material insyaallah berkualiti berdasarkan maklumbalas daripada pelanggan setia dan baru
* bergaya – mengikut trend terkini tetapi potongan exclusive mybutik2u
* berbaloi – harga yang sangat berpatutan bagi kategori tudung jahitan butik
untuk membuat pesanan, saya minta janganlah melalui SMS atau PM di facebook…silalah gunakan ORDER FORM (click button Order Form di atas) untuk memudahkan dan mempercepatkan proses.
bagi yang sudah biasa dengan format SHOPPING CART, jangan bimbang… kerana anda masih boleh terus melayari web catalog mybutik2u di sini www.mybutik2u.com/catalog atau untuk lebih mudah, hanya click pada button ‘Catalog’ di atas tu.. senang je
happy browsing… jgn lupa bookmark ye atau ‘like’ page kami di facebook supaya anda tidak ketinggalan tentang update terkini kolkesi tudung mybutik2u
Salam Sayang,


Recent Comments